Wednesday, June 23, 2010

Sweet Escape to K. Tganu

Hello guys...
Now sangat malas nak update since kat office access blogspot has been blocked, kat rumah pulak nak melayan si kenit tu.
Entry kali ni, nak cerita about our trip to K. Tganu on 10th - 13th June 2010.
Vacation kali ni ke Tganu adalah untuk celebrate wedding my aunty + berjalan-jalan. Ahli-ahli rombongan cik Leen adalah, Mr. K, si kenit bam-bam Zara Marissa, Nek Uda and Mardhiah. For us, this is first time bawa Zara travel jauh, so dalam fikiran dah terbayang kerenah si kenit ni.sigh.

Kami bertolak pagi around 9.30am, since bertolak on working days jalan pun tak sesak and the flow pun smooth. Route kami melalui Highway Karak and LPT (Lebuhraya Pantai Timur). We stopped for lunch kat Kemaman, menikmati otak-otak dan sata. Then masuk bandar Kemaman, Mr. K nak minum pula Kopi Hai Peng, Kedai ni dia dok sebut-sebut since dari KL lagi. Then petang kami dah sampai ke K. Tganu. Terus check in hotel kat Primula Beach Resort. Owh...yar..memang kami booked earlier.

Then the next day, we jalan-jalan melawat Masjid Kristal at Pulau Wan Man, then planned nak pergi yang Taman Tamadun Islam but since its Friday. They open after solat Jumaat. Memang tak ada harapan lah nak pergi. Cuaca kat Tganu sangat panas, mengalahkan PD yer.

Saturday, is the wedding day but kami keluar awal pagi after breakfast tuju ke Pasar Payang sebab nak beli few things like baju kaftan, serunding, telur penyu, keropok sira, beras nasi dagang and rempah. Balik hotel, mandi and terus bersiap nak ke kenduri. Macam biasalah, since my dad punya side ramai lagi yang tak pernah jumpa Zara. So semua sangat excited but si kenit ni cranky since dia tak biasa kena kerumun ramai-ramai and ntah ade tangan siapa yang cubit her cheek. Apa lagi, menjeritlah dia sekuat hati.grrr.

Then on Sunday, after had our breakfast kami terus check out from hotel. Then singgah rumah nenek I but nobody there because all of them reception side lelaki. Actually we been there pun just nak jumpa my parents because we gerak balik together.
Sebab balik ke KL on Sunday + school holiday jalan jem teruk kat Karak. Kami yang bertolak afternoon pun suppose arrived KL by 7pm, akhirnya sampai rumah around 9pm sebab jam teruk.

And Monday saya masih gagah pergi kerja yer.huh.

Lupa pulak nak cerita peel Zara dalam kereta, since ni first time dia so dia macam sedikit jakun yer. Sekejap nak berdiri, sekejap nak duduk. She only sit on her car seat while she slept jer. The rest memang Nek Uda and I yang pegang.




Thursday, June 17, 2010

Back Dated Entry

Dear peeps..dah bersawang blog I kan. Giler lama tak update blog since my office blocked access to blogspot. Jahat kan diorang??

To make it simple I akan update entry by point. Okay tak?

>> Mr. K dah beli another clutch. This time dia beli LV. The price is quite reasonable.

>> I just bought new swim suit from ZARA Kids to my little Zara. It's really worth it.

>> She also had new float, siap ada pokok sekali.

>> I had another ATV Ride session at Bukit Beruntung. This time I manage to buat donat.
I'm proud of myself.

>> I attend BPC gathering @ Chillis to celebrate Zack birthday.

Enjoy the pictures, yang lain ada di Facebook.






Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

Kesudahan Men's Clutch itu...

Hello peeps.
Lambat updates since tukar department ni.sigh.saya sangat sibuk.

sambungan pencarian clutch Mr. K.

Thursday kami pergi ke The Garden & Mid Valley pula. Semua butik kami masuk, dari high-end boutique such as Hugo Boss, Melium, Coach, tapi takda satu pun yang Mr. K berkenan. Kami pergi Robinson pun tak ada jugak. Tapi Mr. K ada berkenan satu clutch kat Coach tapi for me tak cantik so we dicided to KIV. End up lalu depan new outlet HABIB kat dalam Mid Valley.ngeh.ngeh. Ada promotion pearl earring. Apa lagi, terus grab la sebab harganya amat-amat murah.

Friday tak kemana-mana, sebab lepas balik kerja kami ada appointment dengan our close friend, Douglas. Cik Nah beli kereta terpakai untuk my 2 brother yang study kat Polytech. Ini adalah kerana Cik Nah tak nak bagi diorang pinjam kereta dia.

Saturday morning, awal lagi dah keluar rumah, since my sister and brother in law tidur kat rumah kami so we decided nak breakfast kat luar. Then we went to Pavilion. Sangat penat yer masuk setiap boutique mencari clutch Mr. K. Then dari Pavilion kami menapak ke Starhill Gallery.huh.tak beli jugak. Kaki dah pedih-pedih ni. Pastu ntah siapa lak yang mencadangkan pergi Hartamas untuk ke butik yang menjual secondhand branded stuff. Macam biasa kesudahannya tidak juga membeli. Tengok jam dah pukul 5, we rush balik rumah sebab nak ke K. Selangor, rumah mama. Sunday dia ada kenduri. So angah and girl terus sambung melepak di The Curve, Mr. K and I terus ke rumah mama. We reached there around 6.45pm, lepak kejap, pergi pasar malam and beli barang kat TESCO kami pun balik. Sampai rumah, terkejut okay sebab ramai pulak jiran-jiran datang menolong, cari Zara lak tengok dia tak tidur lagi, kepanasan agaknya. Mr. K cadangkan agar lepak hotel. Then kami pun pergi check in kat Sun Inn Kuala Selangor. Najib, Shukrie and Ateh join us. Malam tu layan cerekarama tajuk Sebelum Akhirat..best cerita tu.

Sunday, lepas mandi, siapkan Zara and we all check out from hotel. Then bacaan yasin pun bermula, tahlil and lastly marhaban. Rupanya mama dah niat nak buat cukur jambul Zara again. Takpe lah since Mr. K pun ok jer. Lepas kenduri dan dah kemas-kemas, kami pun packed barang-barang nak balik KL.

Sampai KL around 4.30pm, letak Zara, kemas barang-barang, tukar baju. Kami berdua terus ke KLCC, kali ni tak bawa Zara sebab nak bagi dia rehat kat rumah. Pusing-pusing and sekali lagi masuk COACH, kali ade yang Mr. K betul-betul berkenan. Bukan design yang earlier, ni SA tu cakap baru sampai semalam. Puas dah dia belek-belek, gayakan depan cermin, then he agreed to buy it!Thank God..
For me, its nice, simple, affordable and good.

Finally yar...he bought after a week hunt for it!

Thursday, May 13, 2010

Guys pun nak pakai clutch ke?


Since monday kami looking for clutch for man. Ntah apa mimpi Mr. K tetiba cakap teringin nak pakai clutch. Katanya, nak isi cheque book, long wallet, pastu lagi dia cakap baru nampak macam orang ada-ada. Iyo lah tue.
Saya cakap if niat nak pakai clutch tu sekadar hangat-hangat tahi ayam baik cari yang replica a.k.a fake punya, sangat cheap and good. Tapi Mr. K tak nak kalah bergaya, dia cakap nak cari kat butik. Maka pencarian pun bermula, Monday - lepas kerja terus ke Pavilion. Kami masuk Dunhill, ada clutch tapi Mr. K tak berkenan sebab logonya kecil.haih. Pada saya harganya berpatutan setanding kualiti. Then masuk ke Aigner, memang cantik, memang padan tapi harganya mak oiii...RM3k just for the clutch!! Not worth it. Kat Gucci pulak, mereka tak bawa masuk clutch for man.(ye ke?).
Dah takde yang berkenan, masuk pulak Tangs. Ooo mmM GGG!! ada sales for membership! Lucky me sebab members of Tangs. Tapi sebab utama datang pun untuk cari clutch Mr. K, maka hasrat nak belek-belek kasut terbantut sebab Mr. K buat muka cencurut bila saya mencuba kasut.arrghh. Kami tinggalkan Pavilion tanpa membawa pulang clutch tapi perut sangat kenyang sebab Mr. K belanja dinner kat food court.
(rupanya kat food court bawah tu ada laksa yang super sedap) -_-


Then on Tuesday, setelah demam kura-kura tengok harga clutch kat Pavilion, Mr. K agree nak pergi butik fake yang gred A. Kami pun menuju ke A***** Mall, sampai sana ada clutch for women saja. Saya pun suggest pergi ke Petaling Street, mana tau ada yang cheap and good yer..gigih pergi ke Petaling Street, masing-masing dengan office attire.huh.
Memang tidak ada jodoh nak beli kat sana sebab kat sana takde langsung bayang clutch untuk guys. Balik rumah jer lah. Kaki pun dah lenguh.


Semalam, Rabu, lepas saya habis class Mr. K ajak ke Hartamas. Katanya dia mendapat info di Hartamas ada butik yang menjual second hand branded stuff.wah.best..best..
Sebab habis kelas pun lambat, pastu Mr. K pun stuck dalam jammed on the way nak fetch me. Butik yang dicari-cari dah tutup laaaa. Dua-dua lak tu tutup.
Hati hampa lagi. Sudah nya Mr. K ajak dinner kat Hartamas Square.

Takpe lah sayang, nanti kita pergi tengok Braun Buffel ye. Tadi I tengok website ada clutch for man.






p/s : ronaldo pun pakai clutch okayy...

Monday, May 10, 2010

Over The Weekend

Saturday : urm...tak ada any plan, so pagi Sabtu pergi pasar beli lauk. Plan nak masak sambal udang, sup bayam + fish ball, goreng ikan tenggiri jeruk dan sambal belacan. Lauk minta nek uda siap kan bahan - bahan mentah sebab nak pergi hantar Mr. K kerja, dia nak pergi ambil lori dari ofis babah.
Sebab kat pasar tak sempat breakfast, so teringin la pulak nak makan kat tang ling, so ajak Mr. K singgah breakfast kat sana. Saya makan mee kicap special + kopi o = kaw kaw..

Pastu hantar Mr. K kat Kelana Jaya, saya pun balik ke rumah. Barang-barang mentah dah nek uda siapkan, so saya terus memasak. huhuhu..semua lauk dapat saya siapkan. Usai memasak, saya mandi dan rehat-rehat with Zara. Sedap tidur peluk - peluk dia. Nasib dia diam jer kena peluk. Petang bangun tidur, perut lapar baru teringat tak makan tengah hari lagi sebab lepas masak tadi terus tidur.hehehe. Lepas makan terus siap-siap nak pergi ambil Mr.K kat Kelana Jaya. Tak jadi bawa Zara sebab hujan lebat, atuk bising.

Pergi la lone ranger, dah le hujan selebat-lebat nya, jalan pun jadi kelabu jer. Then dah ambik Mr. K, takde idea nak pergi mana. balik rumah? Macam malas jer...so cakap dengan Mr. K yang Empire Gallery dah buka, ajak dia pergi survey yer..survey sahaja.

Not bad tau, for restaurant ada Kenny Rogers, O'Brien, Starbucks and Chillies opening soon. For clothing ada DNA, FOS, Ed Hardy, Charles and Keith and GUESS. Dorothy Perkins soon. Untuk kids ada Toy R Us, Poney, Lovely Lace Baby.

Tadi kata survey jer kan? hehehe..sudah nya keluar dari Empire Gallery tangan jinjing, Poney , beli skirt and shirt for Zara, sleep pants baby gap from FOS, and a pair Charles & Keith for me. =)

.sigh.

Sunday : We went to Pak long's house at Putrajaya to celebrate his birthday. Nothing much to wrote, but we had lunch there, mak long masak nasi ayam, MIL bought cake and fruit tart.



From left - right : Yantie, Mak Long, Zara, Pak Long, Babah, Mummy, Mr. K, Girl, Angah & Me.




seriously, I nak gelak tgk muka terkujat Zara.

Birthday Dinner

Malam ini ada makan-makan with family in-law untuk celebrate MIL birthday's.
So we plan as in previous entry to had dinner at Hard Rock Cafe.

After Friday prayer, Mr. K balik rumah menyiapkan Zara, cause kami dah decided tak nak patah balik ke rumah to fetch her. So Zara akan ikut daddy dia ambil mommy balik kerja. Risau jugak bila fikir Zara & Mr. K dalam kerete. Boleh ke Mr. K handle Zara? Macamana if Zara nangis while Mr. K drive? Cuak nyer...
Alhamdulilah...Zara masuk jer kereta terus tidur sampai dah depan opis I, she still sleep. Good girl! Then, kitorg pergi Baskin Robbins Uptown Damansara to took the cake. Traffic jammed yang amat ya sebab hari Jumaat memang jammed melampau. So dah ambil cake, we proceed to HRC.

We arrived there about 7.30 pm, family members yang lain tak sampai lagi. So Mr. K and I order our meals dulu.Takut nanti lambat sangat menunggu. As a starter, we ordered Jumbo Combo. Combination of 5 entrees. Then for a main course Mr. K and I decided nak share cause takut tak larat nak menghabiskan our meal nanti and we ate HRC Cheese Burger. Sangat worth it share sebab the burger tu memang besar, lebih kurang size burger kat TGI Fridays.

Owh yar... the servers kat sana memang best. I mean there are really fun, happening, helpful and generous (tu sebab dapat batch free, cakap la generous).

Family in laws yang lain order different kind of food, ada yang order steak, sandwich, fish & chips and legendary burger (that's angah and he can't finished it cause it's really HUGE).

Selesai dinner, the waitress pun brought out the cake. They sang a Birthday song for MIL and the other customer pun sporting to sang along. Half of the ice cream cake, we gave to the staff cause kami dah tak larat nak makan.hihihi.

Dah puas ber camwhore, we taught nak layan live band but since ada Zara tak dapat lah hajat nak diteruskan. Owh yar.. in previous entry, kan ada cerita bout birthday gift MIL. That night, she had new TISSOT watch.
But big big surprise from my FIL lagi gempak. He bought my MIL, BMW 3 series yang baru..huahuahuahua...(Mr. K, bila saya boleh dapat 1?).

p/s : to MIL, boleh saya pinjam nanti ur new beemer? Nak bawa Zara jalan-jalan.

Will upload photo later!

Friday, May 7, 2010

Celebration

Happy 50th Birthday to my mother - in - law, Zuraidah Mohd Yunus.
Born : 7th May 1960

xoxo
Mr. K, me & lovely Zara Marissa

Wednesday, May 5, 2010

Fotografia

Pictures during our ATV Fun Ride @ Sg. Klah.


sgt skeee...


hehehe..nak mandi jacuzzi


tukang sibuk ye yg kat blakang tue


with Mr. K cousin..






i loikeeee










Happy viewing!

Birthday in May

Kan ada entry yang terdahulu saya announce birthday someone in May. It's my mother-in-law birthday on 7th May. So, all the siblings plan to have birthday dinner at Hard Rock Cafe. Saya dah buat reservation and adik girl dah tempah cake at Baskin Robbins.

So yesterday, Mr K and I pun pergi la watch hunt untuk bagi present kat mak dia. As usual brand TISSOT jugak jadi our choice since my mom pun, we bought the same brand. It's fair and square rite? Kami juga still beli at the same shop kat Ampang Park. Aunty tu sanggup tunggu even time tu suppose dia dah nak closed.
Owh yar.. saya juga pergi tempah baju di Ampang Park untuk wedding my aunty di T'ganu nanti. I tempah with the same designer yang buat my wedding dress and my baju during cukur jambul Zara tempoh hari. If anyone interested nak try service Tyeo, please let me know.

Tuesday, May 4, 2010

x.t.v.t

Hi peeps!

Will start the entry with my super hot weekend at Sg. Klah, Perak.
So after work on Friday, kami terus bertolak ke Sg. Klah. We stopped at R & R Rawang and had our dinner there. Then meneruskan perjalanan and we arrived at Villa 13 at 8.45pm.
Nothing much we did at the night coz everybody kepenatan.
So the villa have 3 bedrooms, kitchen, living hall and private jacuzzi.

Saturday...
Bangun seperti hari bekerja juga even waktu holiday coz mata and mind dah set, plus my Zara pun dah bangun. So, Mr. K and I decided nak bawa Zara pergi morning walk tengok sunrise and boiled eggs. tetiba ramai lak yang nak join us, angah, adik girl, ayiep and babah.
So rombongan Mr. K pun pergi lah ke tempat boiling eggs and Zara boleh sedap lak tidur. Yelah, nyaman jer lalu celah-celah pokok.
After dah makan telur yg direbus, kami makan kat situ jugak okay! Punya lah tak menyabar. Then, kami pun balik ke villa sebab Mr. K nak bersiap untuk event MOFAZ. Since Zara pun dah setel mandi, minum susu and sleep, mommy dia pun apa lagi terjun masuk la jacuzzi with adik girl. Amek ko..berendam sambil kecut-kecut jari.
Then dah puas berendam, bilas badan baru la perut terasa lapar. Makan meehun goreng yang mak long goreng untuk breakfast kitaorg. Pastu mula la aktiviti mononton tv (sambil baring dengan gaya mak dugong).sigh.
Lunch tengahari tu menu sambal sardin, telur dadar, sayur campur, ikan masin jeruk..owh heaven sangat.(tetiba telan air liur sambil menaip ni).gulp.
Pas makan, layan Adnan Sempit, memang bawak dvd coz dah tanya bout dvd player masa booking. Abes layan Adnan Sempit, semua orang layan mata lak.haih. Kata pun cuti kan.
Petang baru our ATV ride begin.hihihihi. We all, angah, yantie, adik girl, Mr. K, ayiep, mat kool and me gerak pi kat track. Sume berkobar-kobar nak main ATV. Ada 3 ATv but 1 dah breakdown, angah lenjan sampai rantai ATV tu putus. Puas Mr. K bebel kat adik dia, sian lak tengok muka angah.hehehe.
All the wonder girls puas main sebab dapat habis kan track.Mula-mula nampak cam kecik jer track tu, hah..amek kau..bile dah bawak sendiri ATV tu rase macam panjang track tu.
Main lak pas time hujan, berlecak bagai. Semua dah nampak cam anak kerbau.hihihi.
Then balik villa, yang girls semua terjun jacuzz i + bubble bath and the boys mandi mountain spring pool. Malam dinner kat cafe and semua pengsan = exhausted.

Sunday...
All the pretty women (yantie, adik girl, mak long, mother-in-law and me) pergi jalan-jalan kat hot spring sambil boiled eggs lagi.
The man (angah, ayiep, Mr. K, mat cool, p.long and babah) repeat main ATV before check out.
So by noon semua luggage dah packed coz we need to check out by 3.00pm (we request late check out).

Sunday evening...
Sampai rumah around 5.45pm, punggah luggage, letak Zara dalam her play pen. Mr. K and I changed shirt shoot terus pergi The Curve untuk beronggeng.hahaha.(kederat kerbau betul kan?).
Malam semua tidur pengsan..kroohh..krooh..

Thursday, April 29, 2010

May

Event in May
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
someone birthday's








Sg. Klah Hot Spring

Any plan for the weekend?

Mine, already fulfilled with trip ATV ride at Sg. Klah Hot Spring @ Sungkai, Perak.
Tomorrow after work, kami akan terus bertolak ke Sungkai, so malam ni akan sibuk packing our belonggings.

Actually, Mr. K supply ATV for Felda Plantations, dah alang-alang nak deliver ATV kitorg pun tumpang sekaki.

3 families will join us; parent-in-law, pak long family, us + staff.

Actually this is my 3rd time went to Hot Spring ni, but this is first time pergi with family. Dulu- dulu pergi time single dengan kawan-kawan.

So, we booked 3 Bedroom Villa and the best part dalam villa ada jacuzi. OMG...best nye (sangat JAKUNzi kan).

Balik ni nak packing baju saya, Mr. K and Zara. Pastu nak beli groceries sebab dekat Sungkai is nothing. Kami akan memasak sendiri. Lucky kat villa all the facilities is provided.

We will be back on Sunday!

Wednesday, April 28, 2010

Eeeuuwwww..

Ini entry jijik lagi keji untuk pak cik kat opis saya ni.
Lets call him pak cik spek (sebab dia pakai spek maha tebal).
Actually, he is a personal driver for one of the partner kat sini.
If bos dia tak pergi mana-mana meeting or court, pak cik spek just lepak at utilities room.

Aktiviti keji dia ni bermula kat utilities room la. Ada satu hari tu, saya buat kerja kat utilities room, saya tengok dia leka berYM. Time tu saya dah pelik, umur dah baya Cik Mat (abah saya) tapi duk berchatting bagai. Haruslah bukan berchatting dengan wife dia kan? Even abang-abang kat utilities room tu perli bagai nak rak tapi dia boleh maintain muka selamber kodok jer. So irritating okay bila tengok umur dah setengah abad tapi dok berYM mengalahkan orang muda. Saya tak jeles tapi it's so annoying bila dia siap berweb cam dengan pompuan-pompuan tu. Ada yang org kita, indon pun dia bantai. Kira pak cik spek ni bedal sume asal kan pompuan.

I could not imagine if Cik Mat buat macam ni, mau saya terajang kasi masuk kepala dalam screen. Lucky him coz buta IT and memang dia tak ambil port pun bab-bab internet.

And I pity to his family especially wife dia yang tak tau aktiviti pak cik spek ni kat opis, confirm balik buat muka exhausted (uweekkkk), konon penat bekerja kat opis.

Some more I pelik, kenapa ada pompuan-pompuan yang sanggup duk berYM dengan pak cik ni. Dah la tua, muka macam rumah tak siap, kulit pun dah macam hero citer tamil.sigh.
Sedarlah pompuan-pompuan itu yang kamu ni hanya di perbodohkan oleh orang-orang bodoh macam pak cik spek tu. I don't want to think faaaaaaar....(dalam otak saya ni dah imagine apa yang spesis pak cik spek tu buat).

To pak cik spek, kesian la kat wife and anak-anak kat umah tu. Perangai tu tak padan dengan umur pun.
To pompuan-pompuan bodoh, sedar lah woi,kang dah kene tipu baru nak menyesal. Korang tak baca surat khabar ke?

Sudah, saya penat!

Monday, April 26, 2010

It's stroller tapi cik nah cakap rupe stroller tu dah macam trolley

Lets the pictures do the speak.






The pink one bought by cik nah and the big blue stroller tu Mr. K yang beli without my knowledge. Tau-tau bawak balik jer. But takpe, can be use up to 20kg. So after this if Zara penat jalan, mummy letak jer awak dalam stroller.


Sunday Sundae & Monday Blues

So yesterday, kami bersantai di rumah cik nah aje. Tidak ada plan ke mana-mana sebab super duper hot. Semua pun melepet di rumah sebab sejuk boleh pasang ekon.(melambung bil letrik umah cik nah). Owh yar..ateh pun ada kat rumah, dia yang habis kerja syif malam terus bertolak balik ke PD.

Bila matahari dah redup sikit jer, masing-masing dah gedik nak berjalan. So we decide nak pergi Pengkalan Balak, Melaka. Nak makan ikan bakar katanye. Usai makan, kami pun balik PD nak kemas-kemas barang nak balik KL.(sangat super penat).

Pagi ni nak bangun agak liat, jeles tau tengok Zara tidur lagi. Rasa macam nak berduet jer tidur ngn dia. Tapi Mr. K dah bukak lampu, suruh mandi.(kacau daun betul). Baeekkk..saya pergi mandi.

Saya rasa sangat monday blues today.

So for our therapy for monday blues. I present :-




p/s : anda ingin pergi?
saya pasti akan pergi.hihihi



Saturday, April 24, 2010

Beach County

Yeah....now saya berada di PD!
After work yesterday, kami telah pulang ke PD.
Aktiviti pagi saya di PD, dimulakan dengan bersarapan nasi lemak di warung Wak Rahman (sambal nasi lemak dia super pedas) bersama Mr.K, mak dan Zara. Then mak pulak ajak singgah pasar coz dia plan nak masak sup tulang. Sampai rumah kami pun mula memasak. Ya..sangat cepat masak sebab nak pergi JJ kejap lagi. Meanwhile Mr.K pergi basuh kereta kat kedai Jackie Chan (we called him Jackie Chan sebab muka dia ada iras-iras tau....betul...tak tipu punya).

Setelah meehun sup tulang dah siap. Kami pula bersiap-siap nak jenjalan di JJ. Rupa-rupanya mak nak belanja Zara stroller baru. Saya sangat suka..suka..suka..
After belek, teliti, selidik, tukar our option after dah confirm order..hehehe, finally kami telah sehati sejiwa memilih this stoller. FYI, we already bought the stroller before but Mr. K telah beli yang for 1 - 4 years. So we have to wait till 6 months lagi untuk guna stroller ini. Meanwhile we used Mr. K aunty's. But dah mak nak belanja, kami tak menolak. Rezeki jangan ditolak,musuh jangan di cari.

Now we have new stroller for Zara. Lucky her!
For mak, thanks a lot. Zara heart Wan!

Friday, April 23, 2010

Finally

Morning peeps...

Semalam kan saya ada post entry regards cik nah punya birthday gift. Ni sambungan nya..
So after Mr. K jemput saya dari ZICO, maka kami pun gerak ke Mid Valley. The first watch boutique yang kami tuju ialah TISSOT..(iye..Mr. K telah menggunakan kuasa veto nya untuk membuat decision).
So belek punya belek, takde design yang berkenan dan harga di dalam budget kami. Kalau ada yang berkenan pun, harganya sangat mahal. Over our budget.

Then, kami pergi ke few lagi watch boutique, tapi discount yang kami dapat only 20% saja. Ada juga survey brand lain tapi hati Mr. K dah nekad untuk beli kan cik nah brand TISSOT.sigh.
Setelah bermusyawarah, kami...owh yar kami pergi berlima semalam, saya, Mr.K, Ayiep, Mat Kool and Shima bergerak ke Ampang Park pulak sebab saya dan Mr.K pernah shopping jam di sana. We reached there about 8.30 pm and lucky me coz aunty kedai jam tu still recognise us (mau nya tak kenal bulan lepas baru datang beli kat dia).
So after belek few watch, kami telah sehati berdansa memilih jam TISSOT dan diskaun yang diberi sangat memuaskan hati. Bak kata Mr. K semalam "cheap & good".

After selesai bayar, isi borang warranty sume2 tu, baru perut rasa lapar. Then we had our dinner at Cosy Place at Ampang Park juga.

Malam ni kami sekeluarga akan balik ke PD to celebrate cik nah birthday and spend our weekend there.

Happy weekend guys.

p/s : will upload the pixs later.

Thursday, April 22, 2010

Ethic in Workplace

Wah...dengar tajuk macam nak bagi lecture jer kan??hehehe..propa jer lebih.
tengah-tengah leka membuat kerja (lebih kepada melawat online shop sebenarnye) Mr. K telah mengahantar sms, text itu berbunyi begini :-
"tlng ckp dgn ***** time kerja jgn nak brgayut n jgn pandai2 nak bukak computer mcm brg sendiri."
eerrr..ok..so nampaknya Mr. K dah naik suhu badan. Mangsa, A* (bukan nama sebenar) telah bercakap telefon semasa waktu bekerja. Ini adalah salah satu contoh unethical behaviour in workplace (Teks : Office Managemant).

Saya mengaku saya bukanlah seorang pekerja contoh. Saya juga menggunakan internet untuk kerja yang tiada kaitan dengan kerja, membaca blog, membaca forum, etc. Saya menggunakan talian telefon pejabat untuk telefon Mr. K, emak saya dan kadang kala Domino's Pizza.

I believe this situation happen in every workplace,right?? Terpulang kepada kita untuk mengiya atau menidakkannya. Semua pilihan jawapan ada pada diri setiap individu. My personal opinion we can have it, we can use it but there's a limit.

So as a conclusion or jawapan kepada sakit hati Mr. K tadi, saya telah text kepada si mangsa.

"*****, ada brgayut lama2 ke ari ni? Mr. K bising kat kak leen.
Kalau boleh janganlah cakap telefon lama2, nanti dia dah naik angin lagi tak best."

Saya cuba memberi nasihat yang neutral kerana mangsa adalah staff kedai kami dan masih budak lagi.

As I mentioned, take it or leave it!



Birthday Gift

Today is Thursday, but our weekeend dah padat with a lots of plan. Yer...life saya sangat packed, padat, penuh dan full. Rancangan bermula dengan malam ini mengexplore Mid Valley + The Gardens untuk mencari hadiah birthday Cik Nah (ibu terchenta) untuk ulang tahun yang ke 51. Didalam pemikiran saya yang tak berapa nak berfikir ini telah terfikir untuk menghadiahkan handbag tapi Mr.K pula nak bagi jam tangan. Camne nih? Ok..abaikan sehingga kita sampai ke shopping mall nanti.