Thursday, May 13, 2010

Guys pun nak pakai clutch ke?


Since monday kami looking for clutch for man. Ntah apa mimpi Mr. K tetiba cakap teringin nak pakai clutch. Katanya, nak isi cheque book, long wallet, pastu lagi dia cakap baru nampak macam orang ada-ada. Iyo lah tue.
Saya cakap if niat nak pakai clutch tu sekadar hangat-hangat tahi ayam baik cari yang replica a.k.a fake punya, sangat cheap and good. Tapi Mr. K tak nak kalah bergaya, dia cakap nak cari kat butik. Maka pencarian pun bermula, Monday - lepas kerja terus ke Pavilion. Kami masuk Dunhill, ada clutch tapi Mr. K tak berkenan sebab logonya kecil.haih. Pada saya harganya berpatutan setanding kualiti. Then masuk ke Aigner, memang cantik, memang padan tapi harganya mak oiii...RM3k just for the clutch!! Not worth it. Kat Gucci pulak, mereka tak bawa masuk clutch for man.(ye ke?).
Dah takde yang berkenan, masuk pulak Tangs. Ooo mmM GGG!! ada sales for membership! Lucky me sebab members of Tangs. Tapi sebab utama datang pun untuk cari clutch Mr. K, maka hasrat nak belek-belek kasut terbantut sebab Mr. K buat muka cencurut bila saya mencuba kasut.arrghh. Kami tinggalkan Pavilion tanpa membawa pulang clutch tapi perut sangat kenyang sebab Mr. K belanja dinner kat food court.
(rupanya kat food court bawah tu ada laksa yang super sedap) -_-


Then on Tuesday, setelah demam kura-kura tengok harga clutch kat Pavilion, Mr. K agree nak pergi butik fake yang gred A. Kami pun menuju ke A***** Mall, sampai sana ada clutch for women saja. Saya pun suggest pergi ke Petaling Street, mana tau ada yang cheap and good yer..gigih pergi ke Petaling Street, masing-masing dengan office attire.huh.
Memang tidak ada jodoh nak beli kat sana sebab kat sana takde langsung bayang clutch untuk guys. Balik rumah jer lah. Kaki pun dah lenguh.


Semalam, Rabu, lepas saya habis class Mr. K ajak ke Hartamas. Katanya dia mendapat info di Hartamas ada butik yang menjual second hand branded stuff.wah.best..best..
Sebab habis kelas pun lambat, pastu Mr. K pun stuck dalam jammed on the way nak fetch me. Butik yang dicari-cari dah tutup laaaa. Dua-dua lak tu tutup.
Hati hampa lagi. Sudah nya Mr. K ajak dinner kat Hartamas Square.

Takpe lah sayang, nanti kita pergi tengok Braun Buffel ye. Tadi I tengok website ada clutch for man.






p/s : ronaldo pun pakai clutch okayy...

No comments: