Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

Kesudahan Men's Clutch itu...

Hello peeps.
Lambat updates since tukar department ni.sigh.saya sangat sibuk.

sambungan pencarian clutch Mr. K.

Thursday kami pergi ke The Garden & Mid Valley pula. Semua butik kami masuk, dari high-end boutique such as Hugo Boss, Melium, Coach, tapi takda satu pun yang Mr. K berkenan. Kami pergi Robinson pun tak ada jugak. Tapi Mr. K ada berkenan satu clutch kat Coach tapi for me tak cantik so we dicided to KIV. End up lalu depan new outlet HABIB kat dalam Mid Valley.ngeh.ngeh. Ada promotion pearl earring. Apa lagi, terus grab la sebab harganya amat-amat murah.

Friday tak kemana-mana, sebab lepas balik kerja kami ada appointment dengan our close friend, Douglas. Cik Nah beli kereta terpakai untuk my 2 brother yang study kat Polytech. Ini adalah kerana Cik Nah tak nak bagi diorang pinjam kereta dia.

Saturday morning, awal lagi dah keluar rumah, since my sister and brother in law tidur kat rumah kami so we decided nak breakfast kat luar. Then we went to Pavilion. Sangat penat yer masuk setiap boutique mencari clutch Mr. K. Then dari Pavilion kami menapak ke Starhill Gallery.huh.tak beli jugak. Kaki dah pedih-pedih ni. Pastu ntah siapa lak yang mencadangkan pergi Hartamas untuk ke butik yang menjual secondhand branded stuff. Macam biasa kesudahannya tidak juga membeli. Tengok jam dah pukul 5, we rush balik rumah sebab nak ke K. Selangor, rumah mama. Sunday dia ada kenduri. So angah and girl terus sambung melepak di The Curve, Mr. K and I terus ke rumah mama. We reached there around 6.45pm, lepak kejap, pergi pasar malam and beli barang kat TESCO kami pun balik. Sampai rumah, terkejut okay sebab ramai pulak jiran-jiran datang menolong, cari Zara lak tengok dia tak tidur lagi, kepanasan agaknya. Mr. K cadangkan agar lepak hotel. Then kami pun pergi check in kat Sun Inn Kuala Selangor. Najib, Shukrie and Ateh join us. Malam tu layan cerekarama tajuk Sebelum Akhirat..best cerita tu.

Sunday, lepas mandi, siapkan Zara and we all check out from hotel. Then bacaan yasin pun bermula, tahlil and lastly marhaban. Rupanya mama dah niat nak buat cukur jambul Zara again. Takpe lah since Mr. K pun ok jer. Lepas kenduri dan dah kemas-kemas, kami pun packed barang-barang nak balik KL.

Sampai KL around 4.30pm, letak Zara, kemas barang-barang, tukar baju. Kami berdua terus ke KLCC, kali ni tak bawa Zara sebab nak bagi dia rehat kat rumah. Pusing-pusing and sekali lagi masuk COACH, kali ade yang Mr. K betul-betul berkenan. Bukan design yang earlier, ni SA tu cakap baru sampai semalam. Puas dah dia belek-belek, gayakan depan cermin, then he agreed to buy it!Thank God..
For me, its nice, simple, affordable and good.

Finally yar...he bought after a week hunt for it!

Thursday, May 13, 2010

Guys pun nak pakai clutch ke?


Since monday kami looking for clutch for man. Ntah apa mimpi Mr. K tetiba cakap teringin nak pakai clutch. Katanya, nak isi cheque book, long wallet, pastu lagi dia cakap baru nampak macam orang ada-ada. Iyo lah tue.
Saya cakap if niat nak pakai clutch tu sekadar hangat-hangat tahi ayam baik cari yang replica a.k.a fake punya, sangat cheap and good. Tapi Mr. K tak nak kalah bergaya, dia cakap nak cari kat butik. Maka pencarian pun bermula, Monday - lepas kerja terus ke Pavilion. Kami masuk Dunhill, ada clutch tapi Mr. K tak berkenan sebab logonya kecil.haih. Pada saya harganya berpatutan setanding kualiti. Then masuk ke Aigner, memang cantik, memang padan tapi harganya mak oiii...RM3k just for the clutch!! Not worth it. Kat Gucci pulak, mereka tak bawa masuk clutch for man.(ye ke?).
Dah takde yang berkenan, masuk pulak Tangs. Ooo mmM GGG!! ada sales for membership! Lucky me sebab members of Tangs. Tapi sebab utama datang pun untuk cari clutch Mr. K, maka hasrat nak belek-belek kasut terbantut sebab Mr. K buat muka cencurut bila saya mencuba kasut.arrghh. Kami tinggalkan Pavilion tanpa membawa pulang clutch tapi perut sangat kenyang sebab Mr. K belanja dinner kat food court.
(rupanya kat food court bawah tu ada laksa yang super sedap) -_-


Then on Tuesday, setelah demam kura-kura tengok harga clutch kat Pavilion, Mr. K agree nak pergi butik fake yang gred A. Kami pun menuju ke A***** Mall, sampai sana ada clutch for women saja. Saya pun suggest pergi ke Petaling Street, mana tau ada yang cheap and good yer..gigih pergi ke Petaling Street, masing-masing dengan office attire.huh.
Memang tidak ada jodoh nak beli kat sana sebab kat sana takde langsung bayang clutch untuk guys. Balik rumah jer lah. Kaki pun dah lenguh.


Semalam, Rabu, lepas saya habis class Mr. K ajak ke Hartamas. Katanya dia mendapat info di Hartamas ada butik yang menjual second hand branded stuff.wah.best..best..
Sebab habis kelas pun lambat, pastu Mr. K pun stuck dalam jammed on the way nak fetch me. Butik yang dicari-cari dah tutup laaaa. Dua-dua lak tu tutup.
Hati hampa lagi. Sudah nya Mr. K ajak dinner kat Hartamas Square.

Takpe lah sayang, nanti kita pergi tengok Braun Buffel ye. Tadi I tengok website ada clutch for man.






p/s : ronaldo pun pakai clutch okayy...

Monday, May 10, 2010

Over The Weekend

Saturday : urm...tak ada any plan, so pagi Sabtu pergi pasar beli lauk. Plan nak masak sambal udang, sup bayam + fish ball, goreng ikan tenggiri jeruk dan sambal belacan. Lauk minta nek uda siap kan bahan - bahan mentah sebab nak pergi hantar Mr. K kerja, dia nak pergi ambil lori dari ofis babah.
Sebab kat pasar tak sempat breakfast, so teringin la pulak nak makan kat tang ling, so ajak Mr. K singgah breakfast kat sana. Saya makan mee kicap special + kopi o = kaw kaw..

Pastu hantar Mr. K kat Kelana Jaya, saya pun balik ke rumah. Barang-barang mentah dah nek uda siapkan, so saya terus memasak. huhuhu..semua lauk dapat saya siapkan. Usai memasak, saya mandi dan rehat-rehat with Zara. Sedap tidur peluk - peluk dia. Nasib dia diam jer kena peluk. Petang bangun tidur, perut lapar baru teringat tak makan tengah hari lagi sebab lepas masak tadi terus tidur.hehehe. Lepas makan terus siap-siap nak pergi ambil Mr.K kat Kelana Jaya. Tak jadi bawa Zara sebab hujan lebat, atuk bising.

Pergi la lone ranger, dah le hujan selebat-lebat nya, jalan pun jadi kelabu jer. Then dah ambik Mr. K, takde idea nak pergi mana. balik rumah? Macam malas jer...so cakap dengan Mr. K yang Empire Gallery dah buka, ajak dia pergi survey yer..survey sahaja.

Not bad tau, for restaurant ada Kenny Rogers, O'Brien, Starbucks and Chillies opening soon. For clothing ada DNA, FOS, Ed Hardy, Charles and Keith and GUESS. Dorothy Perkins soon. Untuk kids ada Toy R Us, Poney, Lovely Lace Baby.

Tadi kata survey jer kan? hehehe..sudah nya keluar dari Empire Gallery tangan jinjing, Poney , beli skirt and shirt for Zara, sleep pants baby gap from FOS, and a pair Charles & Keith for me. =)

.sigh.

Sunday : We went to Pak long's house at Putrajaya to celebrate his birthday. Nothing much to wrote, but we had lunch there, mak long masak nasi ayam, MIL bought cake and fruit tart.



From left - right : Yantie, Mak Long, Zara, Pak Long, Babah, Mummy, Mr. K, Girl, Angah & Me.




seriously, I nak gelak tgk muka terkujat Zara.

Birthday Dinner

Malam ini ada makan-makan with family in-law untuk celebrate MIL birthday's.
So we plan as in previous entry to had dinner at Hard Rock Cafe.

After Friday prayer, Mr. K balik rumah menyiapkan Zara, cause kami dah decided tak nak patah balik ke rumah to fetch her. So Zara akan ikut daddy dia ambil mommy balik kerja. Risau jugak bila fikir Zara & Mr. K dalam kerete. Boleh ke Mr. K handle Zara? Macamana if Zara nangis while Mr. K drive? Cuak nyer...
Alhamdulilah...Zara masuk jer kereta terus tidur sampai dah depan opis I, she still sleep. Good girl! Then, kitorg pergi Baskin Robbins Uptown Damansara to took the cake. Traffic jammed yang amat ya sebab hari Jumaat memang jammed melampau. So dah ambil cake, we proceed to HRC.

We arrived there about 7.30 pm, family members yang lain tak sampai lagi. So Mr. K and I order our meals dulu.Takut nanti lambat sangat menunggu. As a starter, we ordered Jumbo Combo. Combination of 5 entrees. Then for a main course Mr. K and I decided nak share cause takut tak larat nak menghabiskan our meal nanti and we ate HRC Cheese Burger. Sangat worth it share sebab the burger tu memang besar, lebih kurang size burger kat TGI Fridays.

Owh yar... the servers kat sana memang best. I mean there are really fun, happening, helpful and generous (tu sebab dapat batch free, cakap la generous).

Family in laws yang lain order different kind of food, ada yang order steak, sandwich, fish & chips and legendary burger (that's angah and he can't finished it cause it's really HUGE).

Selesai dinner, the waitress pun brought out the cake. They sang a Birthday song for MIL and the other customer pun sporting to sang along. Half of the ice cream cake, we gave to the staff cause kami dah tak larat nak makan.hihihi.

Dah puas ber camwhore, we taught nak layan live band but since ada Zara tak dapat lah hajat nak diteruskan. Owh yar.. in previous entry, kan ada cerita bout birthday gift MIL. That night, she had new TISSOT watch.
But big big surprise from my FIL lagi gempak. He bought my MIL, BMW 3 series yang baru..huahuahuahua...(Mr. K, bila saya boleh dapat 1?).

p/s : to MIL, boleh saya pinjam nanti ur new beemer? Nak bawa Zara jalan-jalan.

Will upload photo later!

Friday, May 7, 2010

Celebration

Happy 50th Birthday to my mother - in - law, Zuraidah Mohd Yunus.
Born : 7th May 1960

xoxo
Mr. K, me & lovely Zara Marissa

Wednesday, May 5, 2010

Fotografia

Pictures during our ATV Fun Ride @ Sg. Klah.


sgt skeee...


hehehe..nak mandi jacuzzi


tukang sibuk ye yg kat blakang tue


with Mr. K cousin..






i loikeeee










Happy viewing!

Birthday in May

Kan ada entry yang terdahulu saya announce birthday someone in May. It's my mother-in-law birthday on 7th May. So, all the siblings plan to have birthday dinner at Hard Rock Cafe. Saya dah buat reservation and adik girl dah tempah cake at Baskin Robbins.

So yesterday, Mr K and I pun pergi la watch hunt untuk bagi present kat mak dia. As usual brand TISSOT jugak jadi our choice since my mom pun, we bought the same brand. It's fair and square rite? Kami juga still beli at the same shop kat Ampang Park. Aunty tu sanggup tunggu even time tu suppose dia dah nak closed.
Owh yar.. saya juga pergi tempah baju di Ampang Park untuk wedding my aunty di T'ganu nanti. I tempah with the same designer yang buat my wedding dress and my baju during cukur jambul Zara tempoh hari. If anyone interested nak try service Tyeo, please let me know.

Tuesday, May 4, 2010

x.t.v.t

Hi peeps!

Will start the entry with my super hot weekend at Sg. Klah, Perak.
So after work on Friday, kami terus bertolak ke Sg. Klah. We stopped at R & R Rawang and had our dinner there. Then meneruskan perjalanan and we arrived at Villa 13 at 8.45pm.
Nothing much we did at the night coz everybody kepenatan.
So the villa have 3 bedrooms, kitchen, living hall and private jacuzzi.

Saturday...
Bangun seperti hari bekerja juga even waktu holiday coz mata and mind dah set, plus my Zara pun dah bangun. So, Mr. K and I decided nak bawa Zara pergi morning walk tengok sunrise and boiled eggs. tetiba ramai lak yang nak join us, angah, adik girl, ayiep and babah.
So rombongan Mr. K pun pergi lah ke tempat boiling eggs and Zara boleh sedap lak tidur. Yelah, nyaman jer lalu celah-celah pokok.
After dah makan telur yg direbus, kami makan kat situ jugak okay! Punya lah tak menyabar. Then, kami pun balik ke villa sebab Mr. K nak bersiap untuk event MOFAZ. Since Zara pun dah setel mandi, minum susu and sleep, mommy dia pun apa lagi terjun masuk la jacuzzi with adik girl. Amek ko..berendam sambil kecut-kecut jari.
Then dah puas berendam, bilas badan baru la perut terasa lapar. Makan meehun goreng yang mak long goreng untuk breakfast kitaorg. Pastu mula la aktiviti mononton tv (sambil baring dengan gaya mak dugong).sigh.
Lunch tengahari tu menu sambal sardin, telur dadar, sayur campur, ikan masin jeruk..owh heaven sangat.(tetiba telan air liur sambil menaip ni).gulp.
Pas makan, layan Adnan Sempit, memang bawak dvd coz dah tanya bout dvd player masa booking. Abes layan Adnan Sempit, semua orang layan mata lak.haih. Kata pun cuti kan.
Petang baru our ATV ride begin.hihihihi. We all, angah, yantie, adik girl, Mr. K, ayiep, mat kool and me gerak pi kat track. Sume berkobar-kobar nak main ATV. Ada 3 ATv but 1 dah breakdown, angah lenjan sampai rantai ATV tu putus. Puas Mr. K bebel kat adik dia, sian lak tengok muka angah.hehehe.
All the wonder girls puas main sebab dapat habis kan track.Mula-mula nampak cam kecik jer track tu, hah..amek kau..bile dah bawak sendiri ATV tu rase macam panjang track tu.
Main lak pas time hujan, berlecak bagai. Semua dah nampak cam anak kerbau.hihihi.
Then balik villa, yang girls semua terjun jacuzz i + bubble bath and the boys mandi mountain spring pool. Malam dinner kat cafe and semua pengsan = exhausted.

Sunday...
All the pretty women (yantie, adik girl, mak long, mother-in-law and me) pergi jalan-jalan kat hot spring sambil boiled eggs lagi.
The man (angah, ayiep, Mr. K, mat cool, p.long and babah) repeat main ATV before check out.
So by noon semua luggage dah packed coz we need to check out by 3.00pm (we request late check out).

Sunday evening...
Sampai rumah around 5.45pm, punggah luggage, letak Zara dalam her play pen. Mr. K and I changed shirt shoot terus pergi The Curve untuk beronggeng.hahaha.(kederat kerbau betul kan?).
Malam semua tidur pengsan..kroohh..krooh..