Wednesday, June 23, 2010

Sweet Escape to K. Tganu

Hello guys...
Now sangat malas nak update since kat office access blogspot has been blocked, kat rumah pulak nak melayan si kenit tu.
Entry kali ni, nak cerita about our trip to K. Tganu on 10th - 13th June 2010.
Vacation kali ni ke Tganu adalah untuk celebrate wedding my aunty + berjalan-jalan. Ahli-ahli rombongan cik Leen adalah, Mr. K, si kenit bam-bam Zara Marissa, Nek Uda and Mardhiah. For us, this is first time bawa Zara travel jauh, so dalam fikiran dah terbayang kerenah si kenit ni.sigh.

Kami bertolak pagi around 9.30am, since bertolak on working days jalan pun tak sesak and the flow pun smooth. Route kami melalui Highway Karak and LPT (Lebuhraya Pantai Timur). We stopped for lunch kat Kemaman, menikmati otak-otak dan sata. Then masuk bandar Kemaman, Mr. K nak minum pula Kopi Hai Peng, Kedai ni dia dok sebut-sebut since dari KL lagi. Then petang kami dah sampai ke K. Tganu. Terus check in hotel kat Primula Beach Resort. Owh...yar..memang kami booked earlier.

Then the next day, we jalan-jalan melawat Masjid Kristal at Pulau Wan Man, then planned nak pergi yang Taman Tamadun Islam but since its Friday. They open after solat Jumaat. Memang tak ada harapan lah nak pergi. Cuaca kat Tganu sangat panas, mengalahkan PD yer.

Saturday, is the wedding day but kami keluar awal pagi after breakfast tuju ke Pasar Payang sebab nak beli few things like baju kaftan, serunding, telur penyu, keropok sira, beras nasi dagang and rempah. Balik hotel, mandi and terus bersiap nak ke kenduri. Macam biasalah, since my dad punya side ramai lagi yang tak pernah jumpa Zara. So semua sangat excited but si kenit ni cranky since dia tak biasa kena kerumun ramai-ramai and ntah ade tangan siapa yang cubit her cheek. Apa lagi, menjeritlah dia sekuat hati.grrr.

Then on Sunday, after had our breakfast kami terus check out from hotel. Then singgah rumah nenek I but nobody there because all of them reception side lelaki. Actually we been there pun just nak jumpa my parents because we gerak balik together.
Sebab balik ke KL on Sunday + school holiday jalan jem teruk kat Karak. Kami yang bertolak afternoon pun suppose arrived KL by 7pm, akhirnya sampai rumah around 9pm sebab jam teruk.

And Monday saya masih gagah pergi kerja yer.huh.

Lupa pulak nak cerita peel Zara dalam kereta, since ni first time dia so dia macam sedikit jakun yer. Sekejap nak berdiri, sekejap nak duduk. She only sit on her car seat while she slept jer. The rest memang Nek Uda and I yang pegang.




Thursday, June 17, 2010

Back Dated Entry

Dear peeps..dah bersawang blog I kan. Giler lama tak update blog since my office blocked access to blogspot. Jahat kan diorang??

To make it simple I akan update entry by point. Okay tak?

>> Mr. K dah beli another clutch. This time dia beli LV. The price is quite reasonable.

>> I just bought new swim suit from ZARA Kids to my little Zara. It's really worth it.

>> She also had new float, siap ada pokok sekali.

>> I had another ATV Ride session at Bukit Beruntung. This time I manage to buat donat.
I'm proud of myself.

>> I attend BPC gathering @ Chillis to celebrate Zack birthday.

Enjoy the pictures, yang lain ada di Facebook.






Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

Kesudahan Men's Clutch itu...

Hello peeps.
Lambat updates since tukar department ni.sigh.saya sangat sibuk.

sambungan pencarian clutch Mr. K.

Thursday kami pergi ke The Garden & Mid Valley pula. Semua butik kami masuk, dari high-end boutique such as Hugo Boss, Melium, Coach, tapi takda satu pun yang Mr. K berkenan. Kami pergi Robinson pun tak ada jugak. Tapi Mr. K ada berkenan satu clutch kat Coach tapi for me tak cantik so we dicided to KIV. End up lalu depan new outlet HABIB kat dalam Mid Valley.ngeh.ngeh. Ada promotion pearl earring. Apa lagi, terus grab la sebab harganya amat-amat murah.

Friday tak kemana-mana, sebab lepas balik kerja kami ada appointment dengan our close friend, Douglas. Cik Nah beli kereta terpakai untuk my 2 brother yang study kat Polytech. Ini adalah kerana Cik Nah tak nak bagi diorang pinjam kereta dia.

Saturday morning, awal lagi dah keluar rumah, since my sister and brother in law tidur kat rumah kami so we decided nak breakfast kat luar. Then we went to Pavilion. Sangat penat yer masuk setiap boutique mencari clutch Mr. K. Then dari Pavilion kami menapak ke Starhill Gallery.huh.tak beli jugak. Kaki dah pedih-pedih ni. Pastu ntah siapa lak yang mencadangkan pergi Hartamas untuk ke butik yang menjual secondhand branded stuff. Macam biasa kesudahannya tidak juga membeli. Tengok jam dah pukul 5, we rush balik rumah sebab nak ke K. Selangor, rumah mama. Sunday dia ada kenduri. So angah and girl terus sambung melepak di The Curve, Mr. K and I terus ke rumah mama. We reached there around 6.45pm, lepak kejap, pergi pasar malam and beli barang kat TESCO kami pun balik. Sampai rumah, terkejut okay sebab ramai pulak jiran-jiran datang menolong, cari Zara lak tengok dia tak tidur lagi, kepanasan agaknya. Mr. K cadangkan agar lepak hotel. Then kami pun pergi check in kat Sun Inn Kuala Selangor. Najib, Shukrie and Ateh join us. Malam tu layan cerekarama tajuk Sebelum Akhirat..best cerita tu.

Sunday, lepas mandi, siapkan Zara and we all check out from hotel. Then bacaan yasin pun bermula, tahlil and lastly marhaban. Rupanya mama dah niat nak buat cukur jambul Zara again. Takpe lah since Mr. K pun ok jer. Lepas kenduri dan dah kemas-kemas, kami pun packed barang-barang nak balik KL.

Sampai KL around 4.30pm, letak Zara, kemas barang-barang, tukar baju. Kami berdua terus ke KLCC, kali ni tak bawa Zara sebab nak bagi dia rehat kat rumah. Pusing-pusing and sekali lagi masuk COACH, kali ade yang Mr. K betul-betul berkenan. Bukan design yang earlier, ni SA tu cakap baru sampai semalam. Puas dah dia belek-belek, gayakan depan cermin, then he agreed to buy it!Thank God..
For me, its nice, simple, affordable and good.

Finally yar...he bought after a week hunt for it!

Thursday, May 13, 2010

Guys pun nak pakai clutch ke?


Since monday kami looking for clutch for man. Ntah apa mimpi Mr. K tetiba cakap teringin nak pakai clutch. Katanya, nak isi cheque book, long wallet, pastu lagi dia cakap baru nampak macam orang ada-ada. Iyo lah tue.
Saya cakap if niat nak pakai clutch tu sekadar hangat-hangat tahi ayam baik cari yang replica a.k.a fake punya, sangat cheap and good. Tapi Mr. K tak nak kalah bergaya, dia cakap nak cari kat butik. Maka pencarian pun bermula, Monday - lepas kerja terus ke Pavilion. Kami masuk Dunhill, ada clutch tapi Mr. K tak berkenan sebab logonya kecil.haih. Pada saya harganya berpatutan setanding kualiti. Then masuk ke Aigner, memang cantik, memang padan tapi harganya mak oiii...RM3k just for the clutch!! Not worth it. Kat Gucci pulak, mereka tak bawa masuk clutch for man.(ye ke?).
Dah takde yang berkenan, masuk pulak Tangs. Ooo mmM GGG!! ada sales for membership! Lucky me sebab members of Tangs. Tapi sebab utama datang pun untuk cari clutch Mr. K, maka hasrat nak belek-belek kasut terbantut sebab Mr. K buat muka cencurut bila saya mencuba kasut.arrghh. Kami tinggalkan Pavilion tanpa membawa pulang clutch tapi perut sangat kenyang sebab Mr. K belanja dinner kat food court.
(rupanya kat food court bawah tu ada laksa yang super sedap) -_-


Then on Tuesday, setelah demam kura-kura tengok harga clutch kat Pavilion, Mr. K agree nak pergi butik fake yang gred A. Kami pun menuju ke A***** Mall, sampai sana ada clutch for women saja. Saya pun suggest pergi ke Petaling Street, mana tau ada yang cheap and good yer..gigih pergi ke Petaling Street, masing-masing dengan office attire.huh.
Memang tidak ada jodoh nak beli kat sana sebab kat sana takde langsung bayang clutch untuk guys. Balik rumah jer lah. Kaki pun dah lenguh.


Semalam, Rabu, lepas saya habis class Mr. K ajak ke Hartamas. Katanya dia mendapat info di Hartamas ada butik yang menjual second hand branded stuff.wah.best..best..
Sebab habis kelas pun lambat, pastu Mr. K pun stuck dalam jammed on the way nak fetch me. Butik yang dicari-cari dah tutup laaaa. Dua-dua lak tu tutup.
Hati hampa lagi. Sudah nya Mr. K ajak dinner kat Hartamas Square.

Takpe lah sayang, nanti kita pergi tengok Braun Buffel ye. Tadi I tengok website ada clutch for man.






p/s : ronaldo pun pakai clutch okayy...

Monday, May 10, 2010

Over The Weekend

Saturday : urm...tak ada any plan, so pagi Sabtu pergi pasar beli lauk. Plan nak masak sambal udang, sup bayam + fish ball, goreng ikan tenggiri jeruk dan sambal belacan. Lauk minta nek uda siap kan bahan - bahan mentah sebab nak pergi hantar Mr. K kerja, dia nak pergi ambil lori dari ofis babah.
Sebab kat pasar tak sempat breakfast, so teringin la pulak nak makan kat tang ling, so ajak Mr. K singgah breakfast kat sana. Saya makan mee kicap special + kopi o = kaw kaw..

Pastu hantar Mr. K kat Kelana Jaya, saya pun balik ke rumah. Barang-barang mentah dah nek uda siapkan, so saya terus memasak. huhuhu..semua lauk dapat saya siapkan. Usai memasak, saya mandi dan rehat-rehat with Zara. Sedap tidur peluk - peluk dia. Nasib dia diam jer kena peluk. Petang bangun tidur, perut lapar baru teringat tak makan tengah hari lagi sebab lepas masak tadi terus tidur.hehehe. Lepas makan terus siap-siap nak pergi ambil Mr.K kat Kelana Jaya. Tak jadi bawa Zara sebab hujan lebat, atuk bising.

Pergi la lone ranger, dah le hujan selebat-lebat nya, jalan pun jadi kelabu jer. Then dah ambik Mr. K, takde idea nak pergi mana. balik rumah? Macam malas jer...so cakap dengan Mr. K yang Empire Gallery dah buka, ajak dia pergi survey yer..survey sahaja.

Not bad tau, for restaurant ada Kenny Rogers, O'Brien, Starbucks and Chillies opening soon. For clothing ada DNA, FOS, Ed Hardy, Charles and Keith and GUESS. Dorothy Perkins soon. Untuk kids ada Toy R Us, Poney, Lovely Lace Baby.

Tadi kata survey jer kan? hehehe..sudah nya keluar dari Empire Gallery tangan jinjing, Poney , beli skirt and shirt for Zara, sleep pants baby gap from FOS, and a pair Charles & Keith for me. =)

.sigh.

Sunday : We went to Pak long's house at Putrajaya to celebrate his birthday. Nothing much to wrote, but we had lunch there, mak long masak nasi ayam, MIL bought cake and fruit tart.



From left - right : Yantie, Mak Long, Zara, Pak Long, Babah, Mummy, Mr. K, Girl, Angah & Me.




seriously, I nak gelak tgk muka terkujat Zara.